Categories
News & Happenings

Perak perkenal konsep pelancongan bermotosikal

Perak berpotensi menjadi destinasi pilihan konvoi kumpulan bermotosikal khususnya pada hujung minggu untuk meneroka pelbagai keunikan di negeri ini.

Oleh LIYANA RAMLI

IPOH:  Perak berpotensi menjadi destinasi pilihan konvoi kumpulan bermotosikal khususnya pada hujung minggu untuk meneroka pelbagai keunikan di negeri ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Perak, Nurmalis Musa berkata, Perak menyediakan lebih 10 lokasi menarik untuk dikunjungi menerusi konsep pelancongan bermotosikal yang akan diperkenal tidak lama lagi.

Menurutnya, setiap daerah di Perak memiliki keistimewaan dan destinasi yang berbaloi untuk dilawati apatah lagi secara berkonvoi.

“Kita sangat menyokong pelancongan bermotosikal dan akan melancarkan Perak Bikers Trail bulan depan yang kebanyakannya adalah lokasi menarik tetapi masih belum dikenali.

“Keunikan Perak ialah kita memiliki laluan-laluan yang lebih menarik berbanding bermotosikal di atas lebuhraya dengan melalui kampung-kampung tradisional,” katanya selepas pelepasan konvoi bermotosikal Program Perak Tour sempena kempen pelancongan #TravelPeraklah dan Kempen Keselamatan Menunggang Motosikal di Sunway Lost World of Tambun (LWOT), di sini, hari ini.

Sumber asal: https://www.utusan.com.my/terkini/2021/11/perak-perkenal-konsep-pelancongan-bermotosikal/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *