Setelah menjayakan Kotak Muzik Kita di Galasa Caldwell, Ipoh tahun lepas dan juga siri jelajah Pentas Healing bersama komuniti Gamon Society ke Perak, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Melaka, Fuse Creative Digital Media dengan berbesar hatinya ingin mempersembahkan ASMARA LOKA, sebuah acara muzik yang bakal diadakan pada 9 November 2024 di Ipoh Convention Centre, Ipoh Perak.
Dengan membawa konsep acara muzik indoor yang intim dan eksklusif, dan juga barisan artis terkenal tanah air seperti 6IXTHSENSE, INSOMNIACKS, DRAMABAND & AIZAT AMDAN, Fuse Creative Digital Media berhasrat untuk menjadikan ASMARA LOKA sebagai satu acara buat penggemar muzik tanah air yang meminati dan mengikuti trend “Galau” dan “Healing” yang sedang trending di media sosial seperti Tiktok, FB dan Instagram, terutamanyadi kalangan generasi muda penggemar muzik tanah air.
Jualan tiket atas talian telah bermula pada 6hb Ogos 2024 yang lalu di laman sesawang www.ticket2u.com.my dengan 2 kategori iaitu, RM98 bagi tiket ZONA PATAH HATI dan RM128 bagi tiket ZONA MATI RASA. 60% tiket telah terjual setakan ini.
Atas permintaan ramai di kalangan komuniti, kini tiket combo diperkenalkan untuk kategori ZONA PATAH HATI : “Tiket Duo” dengan harga RM226 untuk 2 orang dan “Tiket Kumpulan” dengan harga RM432 untuk 4 orang yang akan bermula dijual pada 11 October 2024. *Harga tidak termasuk caj pemprosesan