Majlis Bandaraya Ipoh akan menganjurkan KAYUHAN MERDEKA MAJLIS BANDARAYA IPOH 2023 seperti maklumat berikut:
TARIKH : 30 OGOS 2023 (RABU) YURAN : RM 50.00 SEORANG MASA : 7.30 MALAM
SYARAT-SYARAT DAN INFO
Penyertaan adalah terbuka kepada semua lapisan masyarakat termasuk dari luar negara.
YURAN PENDAFTARAN RM50.00 bagi setiap peserta.
Bayaran boleh dibuat secara tunai atau dibuat secara terus ke akaun Maybank 558024357774 (atas nama Majlis Bandaraya Ipoh) ** Peserta perlu kemukan bukti pembayaran semasa membuat pendaftaran dan mengambil ‘goodies’.
Tarikh akhir pendaftaran adalah pada 28 Ogos 2023 ( Isnin ) sehingga jam 2.00 petang saja dan pengambilan ‘goodies’ adalah pada 29 Ogos 2023 ( Selasa ) dari jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang dan 30 Ogos 2023 ( Rabu ) dari jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang di Ruang Legar Dewan Mesyuarat, Majlis Bandaraya Ipoh (Ibu Pejabat ), Greentown, Ipoh.
Peserta-peserta yang mendaftar awal akan diberikan ‘goodies’ serta barang-barang lain dan terhad kepada 500 penyertaan awal sahaja.
Pemakaian T-shirt yang dibekalkan dan helmet keselamatan adalah diwajibkan.
Pendaftaran secara ‘walk in’ dan Pengambilan goodies seperti maklumat berikut di ruang legar bangunan MBI pada:
Isnin | 29/08/23 | 9.00 pagi – 4.00 petang
Selasa | 30/08/23 | 9.00 pagi – 3.00 petang
Yang telah mendaftar sila bawa bersama resit bayaran sebagai bukti pendaftaran
Perhatian: Hanya 500 peserta yang terawal mendaftar (dengan bayaran RM50.00 akan diberi goodies). T-SHIRT YG DIBERIKAN BERSAMA GOODIES WAJIB DIPAKAI SEMASA KAYUHAN.
Untuk sebarang pertanyaan: Sila hubungi urusetia : 05-208 3335 atau 3336 atau 3337 Jawatankuasa Pendaftaran Kayuhan Merdeka 2023 Tingkat 3, Majlis Bandaraya Ipoh Greentown 30450 Ipoh